Bismillah. ..
Tadi, Sabtu 27 Sept, ada sekolah ganti sempena hari Deepavali. Kebetulan guna jadual yang paling padat saya untuk tahun ni, 8 masa. Dan menambahkan keseronokan hari ini dengan baru lepas gaji ..apa kaitannya dengan saya? Haha..sebab saya ibu kutu...jenuh plak lari. Biasa saya yang kejar orang minta kutu, kali ni saya plak lari. Keje banyak oooii...
Menambahkan lagi keseronokkan saya hari ini semalam saya bawak shawl mak le sekolah. Jadi bila shawl-shawl nya cantik dan labuh, ramai la yang ambik. Semalam depa tak ambik gaji lagi, hari ini gak la nak bayar...aahhhh...😁
Satu lagi, hari ini gak la Madam Tara White nak datang sekolah untuk program Bera Cluster kami.
Pagi tu saya dah berkira-kira macamana nak buat dengan jadual saya yang padat tu. Nak lari untuk solat dhuha, makan.
Tapi, disebabkan saya ni pengguna tegar B Complex, walaupun dengan beban tugas begitu, alhamdulillah saya tetap tenang. Pada saya, biarlah hari ini berlalu, in shaa Allah ada rezeki saya nak buat solat dhuha tu.
Saya pun masuk ke kelas untuk subjek muzik. Yang ini berseorangan je, sebab sesi dengan Madam Tara untuk subjek Bahasa Inggeris nanti. Masuk dalam kelas, nampak lenggang. .
Eh! Mana lagi kawan kamu? Saya tanya pada budak?
Tak datang la teacher..jawab ketua kelas.
La! 6 orang je datang? Emmm....jom pergi library, buat Nilam.
Kebetulan 30 Sept nanti tarikh last budak-budak kena anta rekod Nilam mereka. Jadi, memang kena buat.
Jadi, sementara 6 orang murid darjah 5 saya tu buat Nilam, saya ambik kesempatan tu pergi solat dhuha jap.Alhamdulillah. ..lega sangat, yelah dah seminggu berehat dari solat dhuha, rindu gak.😂
Lepas habis kelas, sambung kerja kumpulan bersama Tara. Tak sempat habis kerja kumpulan, dah sampai waktu seterusnya nak masuk kelas. Yang ni dengan Tara sebab subjek Bahasa Inggeris. Nanti saya pos kan apa aktiviti saya dengan dia, terlupa nak ambik gambar...sibuk kan!! Lepas habis kelas dengan Tara, saya ada lagi 1 kelas Seni dengan tahun 5. PdP dengan depa hari ini ialah sambungan origami gasing. Siapa tenaga pengajarnya?? Hehehe youtube!! Saya fasi je...
Habis mengajar Seni, dalam perjalanan ke bilik guru, anak-anak tahun 1 saya panggil, Teacher, teacher...baju Athirah penuh darah, macamana nak buat?
Saya pun tarik nafas panjang....emmm cari sabun, saya nak hantar laptop ke kereta.
Tak ada la teacher...
Okay, meh ikut saya je tandas bilik guru, dalam tu ada...
Selesai dengan masalah Athirah tu, saya pun kembali ke bilik guru. Tara pun datang untuk sesi individu saya pulak. Dia tanya gak nak rehat ke, saya kata tak perlu la..
Jadi, kami balik selepas semua orang balik. Dengan saya hanya bertemankan air 1liter 1/2 yang saya bawak. Itulah sahaja bekal saya pada hari itu. Lapar? Tipula kata tak lapar, namun disebabkan saya dah ambik sarapan. Alhamdulillah, saya okay je.
Nak tahu apa sarapan saya?
Inilah sarapan saya hari-hari. Puasa ke tak puasa ke, inilah peneman saya 2 tahun ini.
Masuk ke dalam kereta, masa tu dah berkira-kira nak beli makanan kat mana, roti kat mana, pas tu nak beli susu. Minum dalam kereta. Sapa kata kurus kalau tak makan? Sejak mengamalkan cara hidup bersama Shaklee ni, saya belajar tentang perlunya kita makan untuk kurus.
Pelik? Tak....tapi itulah hakikat nya. Okay, panjang dah, sambung lain kali ye.
Kalau berminat nak tahu tentang sistem pengurusan berat badan, bolehla letak komen ye...😄
Bye-bye..
No comments:
Post a Comment