Saturday, August 30, 2014

Testimoni Sdn Bhd

Assalamualaikum....

Saya pilih hari ni untuk letak testimoni sendiri setelah sekian lama kawan-kawan dapat lihat perubahan saya.Kenapa hari ni? Biarla orang yang rapat dengan saya je tau...bleh? hehehe

Ceritanya bermula dari kecil, saya memang berbadan besar. Suka makan. Abah cakap selera saya membuak-buak selepas makan sejenis vitamin. Aduiii..abah tak ingat palk vitamin apa. Olehitu, nasihat saya pada mak-mak  dan ayah- ayah sekalian, tolong lihat vitamin atau makanan tambahan anak anda, jangan salah bagi nanti jadi macam saya. Menjadi remaja yang berbadan besar, banyak menyekat saya dari menyertai pelbagai aktiviti. Yakin diri saya pun kurang berbanding rakan-rakan lain.
Apabila masuk Universiti, saya kerap pengsan, kerana kurang sangat makan berbanding aktiviti yang saya lalui. Sebab? Nak KURUS.
Teka mana saya.
Setelah kerja keras saya dengan bantuan beberapa jenis produk kuruskan badan dan sapuan kurus, saya berjaya dapatkan berat badan 60kg. Setelah bersalin anak pertama,mimpi ngeri saya kembali. Masa tu nak dapatkan berat badan 70kg pun susah. Nak kawal makan, saya menyusukan anak 100%, jadi menyukarkan saya untuk menjaga makan, apatah dengan selera makan saya masih lagi seperti dulu.
Ketika mengandung anak kedua, berat akhir saya hampir-hampir mencecah 80++. Berat anak-anak saya hanyalah 2.78 sahaja, selebihnya ialah berat saya. Ketika itu, saya cuba ke Pusat Rawatan kecantikan dengan harapan nak KURUS. Setelah berhabis hampir 5K, saya hanya dapat 68kg sahaja, dengan segala peraturan tak boleh makan itu dan ni,dengan kata lain, jaga makan.

Saya ada masalah berkaitan dengan Sinus, tapi doktor kata saya tak ada masalah resdung (setelah masukkan kamera dalam lubang hidung saya). Hehehe..tu cerita lain ye,nanti saya cerita bab tu plak. Ok apa kaitan nya cerita sinus dan kurus saya.

seorang kawan sekerja saya amat prihatin. Seramai-ramai kawan sekerja saya, dia sahaja yang tegur saya berkenaan masalah itu. Dia kata hampir setiap hari saya selsema. Betul...saya terpaksa bergantung pada ubat selsema. Saya terpaksa ambil ubat selsema yang paling kuat setiap hari. Kawan saya tu perkenalkan Vitamin C Shaklee dengan saya.

Masa tu saya beli untuk 2 minggu je, 2biji setiap hari. Nak cuba kan. Alhamdulilah, pelik. Macamana hanya vitamin dapat legakan masalah hidung saya yang saya tanggani dengan ubat selsema paling kuat tu? Selepas itu, saya menjadi pengguna Vitamin C Shaklee, hanya Vitamin C itu sahaja. Tak lama selepas itu, vitamin C Shaklee umpama lenyap dipasaran,jenuh cari tak ada. Saya pun cuba vitamin C dari jenama lain, tak berkesan. Terpaksa bergantung semula dengan ubat selsema.

Perancangan Allah tu Maha hebat, mak saya yang ketika itu masih berkerja di Hoshas menyatakan bahawa dia ada kawan jual Shaklee. Biar dia tanya tentang vitamin C tu. Jadi bermula dari situ, saya cakap dengan mak saya,kalau vitamin C Shaklee ni mampu legakan selsema mekya (saya la tu), apa kata cuba benda nak kurus plak. Sebab ketika itu saya terpaksa melupakan Acai Berry gara-gara subratramin nya setelah 2 botol penggunaannya.

Bermula la kisah saya bersama Shaklee terutama suplemen pengurusan berat badan. Yang saya suka, saya tak perlu kawal cara makan saya.

Kini, saya sihat dan ceria. Alhamdulilah...

Berminat? Mari kita sama-sama sihat dan gembira.
Pamela 0133787121











1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...