Friday, July 4, 2014

Fibrosis / Sirosis dan Shaklee

Assalamualaikum
Salam Ramadhan kepada semua...macamana?Ok..harap-harap semua ok je,kita kan sebenarnya semakin kuat dalam bulan Ramadhan ni, cuba ingat kembali beberapa episod peperangan zaman Rasulullah yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Post saya hari ini ialah tentang "hati".

Kerosakan Hati Fibrosis / Sirosis hati (Liver Cirrhosis)
Kredit pada http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/10/kerosakan-hati-fibrosis-sirosis-hati.html?showComment=1404531066187#c172200446028545387



Gambar CT (computed Tomography) sirosis hati

Penyakit Sirosis hati merupakan penyakit yang terjadi akibat beberapa faktor antaranya ialah jangkitan virus, jangkitan kuman pada salur hempedu, tumor pada hati, banyak minum arak, masalah genetik (autoimun), penggunaan ubat yang melampau (seperti panadol, amiodaron, methyldopa. methotrexate), kekurangan alpa-1 anti-tripsin, masalah jantung, masalah metabolisma ferum dan kuprum dan lain lain lain lagi.

Penyakit Sirosis hati didefinisikan sebagai kerosakan hati yang total, pembentukan gentian fiber yang tersebar ke  SELURUH kawasan hati, dan pembentukan NODUL (bebola kecil gumpalan sel hati) pada seluruh bahagian hati.


Mikroskopi bagi penyakit hati sirosis, kelihatan bebola gumpalan sel dalam hati



Penyakit Sirosis hati amat merbahaya. Ia melibatkan pelbagai tanda tanda dan kesan, sekiranya tidak dirawat dengan segera, boleh menyebabkan kematian kepada pesakit samada secara langsung atau tidak langsung.

Disebabkan hati telah rosak, maka pengaliran hempedu dari hati ke salur hempedu tidak dapat berlaku dan menyebabkan hempedu yang sepatutnya dialirkan ke usus tidak dapat disalurkan. Ini menyebabkan bahan makanan berlemak tidak dapat diserap ke dalam usus dan menyebabkan najis menjadi hanyir. Oleh sebab sebahagian vitamin adalah larut dalam lemak dan lemak pula tidak diserap, vitamin ini keluar bersama najis dan menyebabkan kekurangan vitamin tersebut iaitu vitamin A, D, E , K.

Tanda yang kedua ialah individu dengan hati yang telah rosak mempunyai warna kulit kuning akibat kekuningan (jaundice). Jaundice merupakan kulit kuning yang disebabkan oleh terkumpulnya bahan bilirubin yang sepatutnya disingkirkan oleh hati ke dalam usus, namun proses ini tidak berlaku dan menyebabkan bilirubin duduk di dalam darah dan mengalir ke kulit dan menyebabkan kekuningan. Kekuningan ini jika tidak ditangani menyebabkan kegatalan pada kulit.

Antara tanda lain yang amat penting ialah penghidap kerosakan hati fibrosis ini ialah mereka mempunyai perut yang kembung akibat pengumpulan air yang keluar daripada salur darah. Hal ini demikian berlaku kerana terdapat tekanan tinggi pada vena portal hati yang mengalirkan darah ke hati. Sekiranya hati 'tersumbat' maka darah bertekanan tinggi dan kesannya banyak cecair dalam darah yang keluar ke abdomen (pertoneal cavity). Selain itu, hati sudah tidak dapat berfungsi menghasilkan albumin sejenis protein dalam darah, oleh sebab itu, tekanan onkotik dalam darah berkurangan dan kuranglah penyerapan kembali cecari dari abdomen ke dalam salur darah.

Hati yang rosak boleh menyebabkan aliran darah ke hati terganggu dan banyak darah terpaksa melalui jalan lain untuk kembali ke jantung. Jalan lain tersebut ialah:
Jalan melalui dubur
Jalan melalui esofagus (salur makanan)
Jalan sekitar pusat
Melalui jalan jalan ini, darah dapat memintas hati untuk ke jantung. Oleh sebab itu, orang yang mempunyai penyakit sirosis selain mempunyai perut yang membuncit, mereka juga mempunyai salur darah yang jelas pada pusat dan kadang kalau boleh mengalami pendarahan pada salur pemakanan dan buasir. Buasir (punggung berdarah/hemorroid) boleh menyebabkan jangkitan dan pembentukan trombus pada paru paru.

Selain efek fizikal, efek peribadi individu tersebut juga berubah. Individu yang terlibat dengan sirosis hati mempunyai kebolehan otak yang berkurangan. Mereka keliru dengan orientasi semasa (waktu, tempat, keperluan diri dan lain lain berkenaan). Kekeliruan ini adalah efek kerosakan hati kepada otak. Ini dipanggil hepatoencephalopathy. Masalah ini adalah disebabkan oleh bahan bahan kimia merbahaya yang sepatutnya diproses di hati untuk dimusnahkan tidak dapat dimusnahkan dan sebahagian tidak dapat melalui hati dan melalui jalan pintas ke otak menyebabkan kerosakan pada otak. Contoh bahan merbahaya termasuk Methyl-mercaptan. Selain itu, hati yang rosak juga menyebabkan perubahan metabolisma amino asid yang menyebabkan banyaknya amino asid tertentu pada otak yang menyebabkan pembinaan neurotransmitter pelik  seperti octopamin yang menyebabkan tangan tergetar getar dan kekeliruan. Selain itu, Disebabkan metabolisma nitrogen tidak dapat berlaku dengan baik, kebanyakan protein yang diproses tidak dijadikan urea oleh hati. Maka sumber nitrogen ini berkumpul dalam bentuk ammonium. Ammonium yang banyak dalam sel otak menyebabkan glutamate masuk ke dalam sel otak bagi membentuk glutamin. Disebabkan terlalu banyak glutamin dalam otak, maka tekanan osmotik dalam sel otak menjadi tinggi dan banyak air masuk ke dalam otak, menyebabkan otak membengkak (edema).

Masalah lain termasuk kerosakan pada ginjal yang dipanggil hepato-renal syndrom. Masalah hepato-renal ialah masalah yang disebabkan oleh terlalu banyak bahan pengembang salur darah (vasodilator) tidak dapat dimusnahkan oleh hati. Oleh sebab itu, terlalu banyak pengembangan salur darah berlaku. Ginjal terpaksa melawan pengembangan salur darah ini melalui sistem sympathetic dan menghasilkan pencerutan arteri ke ginjal. Oleh sebab terlalu hebat pencerutan pada ginjal, maka organ itu menjadi rosak.

Antara tanda tanda lain termasuk:
Lelaki mempunyai buah dada (gynecomastia)
tapak tangan merah
mempunyai tahi lalat merah yang jika ditekan tidak mahu hilang (spider nevi)

Bagaimana rangkaian suplemen dari Shaklee, in shaa Allah boleh bantu anda.

Memperkenalkan.....


Selain DTX complex, untuk masalah hati yang kronik, antara suplemen yang boleh dicadangkan ialah 

Perlu diingatkan bahawa rangkaian suplemen Shaklee berasakan bahan-bahan semulajadi dan bukan campuran bahan-bahan kimia. Maka kesannya bergantung pada kesihatan individu sendiri kerana suplemen ialah makanan tambahan pada tubuh badan. Yang paling penting, ia selamat. In shaa Allah.

Berminat?
Hubungi saya di wassup atau di FB saya
Pamela
0133787121
Fb: Diffah Pam De Amor

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...