Sunday, June 8, 2014

Sambungan Shaklee National Conference Sunway Piramid

Assalamualaikum. .
Hari ni nak sambung tentang NC semalam. Tiba saja di pusat konvensyen,  terpegun dengan deretan gambar-gambar Presidential Master dan Master Coordinator Shaklee. Teruja sangat, tak sabar nak tunggu saat gambar saya dan anak, cucu, cicit saya pula disitu. (Anak, cucu, cicit= downlines;  dalam kumpulan kami, kami memang gunakan istilah itu untuk menunjukkan betapa kami sayang dan bertanggjawab dalam menggalas tugas sebagai ketua)


Antara booth yang disediakan sepanjang NC ialah booth pemeriksaan kesihatan. Maaf, terlupa nak tangkap gambar booth nya, ada gambar suami sedang diberi penerangan tentang status kesihatan selepas pemeriksaan timbangan badan(berat vs otot) dan tekanan darah. Nanti saya kongsi plak hasil pemeriksaannya ya....

Booth ESP pun ada....jom minum ESP sebentar...

Sesi bergambar dengan Mentors. ...
Biasalah. .ini ialah rutin wajib untuk sesi meningkatkan aura positif setiap SID.
Dapat dilihat dari gambar, walaupun hanya gambar Presidential  Master Iffah , ia tetap menjadi inspirasi kepada kami...in shaa Allah
Ini ialah Mr Roger Barnet, pengerusi merangkap CEO Shaklee...wah!! Untung kepada 'mak Mas Arya' dapat bergambar dengan dia. Saya tak berkesempatan bertemu Mr Roger...sibuk kehulu kehilir dengan entah apa-apa...hahaha
Ini pula ialah Presidential Master Shareeza atau memang sangat dikenali dengan nama PM Cery. Dialah pengasas group saya sekarang..group Jutawan. Akhirnya, dapat gak jumpa dia...selama ni dalam gambar je. Kelu lidah nak berkata, tapi Cery amat memahami keadaan orang baru seperti saya, cepat je memulakan bicara. Walaupun dalam tempoh tak sampai seminit, namun rasanya amat bermakna.
 Dibawah plak gambar saya bersama adik shaklee saya Mariyam Solehah bersama mentor kami seterusnya Master Nini..sangat mesra rupanya Nini ni, dalam group wassup, tegas! , rupanya amat mesra diluar wassup...hahaha kena jumpa selalu ni...

Emm..banyak lagi nak bercerita, nanti ye sambung kemudian.Nak kemas barang, in shaa Allah hari ni nak balik...tapi kita singgah KLCC dulu..nak bawak anak-anak kesana...semalam dah bawak depa bersama-sama ke Sunway untuk National Conference, hari ini kena balas dengan melayan plak kehendak depa sebab semalam depa memberi kerjasama yang sangat baik semalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...