Thursday, July 18, 2013
Lecithin
Assalamualaikum....
Hari ini kite sambung antara penyebab penurunan berat badan selain alfalfa,,,nama benda itu ialah Lecithin... Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.
Kenapa org yang nak kurus suke Lecithin?
Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan -bahan metal, dadah, racun serangga, semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat- zat. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.
Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu individu yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi individu yg ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.
Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang (sistem penghadaman)
Lecithin adalah zat utk kecantikan, ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat ,cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala menopause.
Kenapa ada gambar herb lex plak sebelah gambar lecithin tu ye? Nak tau? Hubungi kite untuk maklumat lanjut.Jom baca tentang herb lax plak nanti ye, tak sabar nak berkkongsi kebaikan produk Shaklee ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Info lecithin,selain sebagai agen pembakar lemak, ia juga bertindak sebagai pelebat rambut dan menghitamkan rambut..tak perlu tonik penghitam rambut lagi...
ReplyDelete