Thursday, August 27, 2015

Aduh! Sakit sungguh kepala ku..

Assalamualaikum, 

Hari ini teringin nak sentuh tentang sakit ni. Budak-budak kecik pun kadang-kadang kabor sakit kepala. Entahla betul ke tidak.

Alhamdulillah, saya jarang sakit kepala. Mungkin disebabkan gaya pemakanan saya sejak terjebak dengan Shaklee ni. Syukur, senang buat kerja, beribadat kan?

Ok, Kita cerita sikit pasal migrain dan sakit kepala Ada kawan rapat saya cerita dia ada masalah sakit kepala, Shaklee ada ubat tak"... saya tak jual ubat yer, maaf!

kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan?badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaian..kan kan.
Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

  •  Sakit kepala kerana tekanan
  •  Sakit kepala kerana sinus
  •  Sakit kepala kerana migrain


Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...



B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. 

Pertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Saturday, August 15, 2015

Kuala Gajah?

Field Trip- Kuala Gandah, Lanchang

 Bismillah, Assalamualaikum.

 Pada 6 Ogos 2015 lalu, saya dengan kawan-kawan tenaga pengajar Bahasa Inggeris  satu sekolah  melawat ke Kuala Gandah untuk memenuhi satu acara tahunan program Tell kami. 

Sebelum kami ke sana, kami perlu melaksanakan beberapa sesi pengajaran berkisar tentang gajah yang meliputi pengajaran dr kemahiran listening and speaking utk hari pertama, reading untuk hari kedua , writting untuk hari ke 3 dan language and art untuk hari terakhir.

Berbekalkan modal untuk ke sana, murid perlu mahir perihal gajah, bermula dari anggota tubuh badan, isu-isu berkaitan gajah, pergerakan gajah, maklumat gajah dan sebagainya. Walaupun tajuk itu agak asing bagi mereka, namun disebabkan kunjungan ke sana ia telah banyak membantu kami melakukan PdP sepanjang minggu. Murid-murid juga kelihatan sungguh bertenaga dan begitu teruja untuk merasai pengalaman ke Kuala Gandah walaupun pada hakikatnya ia bukannya kunjungan pertama mereka ke sana.

Perjalanan kami bermula dengan kelewatan bas. Janji pukul 7.30, tiba dalam lingkungan 8.40. Murid-murid ketika itu sudah letih teruja. Mungkin ada hikmahnya disitu.

Kami tiba lewat 30 minit dari yang sepatutnya maka ia telah menganggu jadual kami pada hari tersebut kerana sepatutnya setibanya kami ke sana, kami dijadualkan untuk melihat persembahan gajah pukul 10.00 pagi. Kami cuba berbincang dengan pihak pengurusan tetapi ia masih tidak dapat dilakukan kerana anggota mereka telah ke hutan dan mereka kekurangan anggota untuk mengendalikan gajah. Persembahan gajah hanya akan dilakukan pada pukul 2 dan kami akur walaupun pada peringkat awal jadual, murid-murid sepatutnya akan tiba semua ke tempat kami pukul 3.30 petang.

Maka bermulalah sesi PdP yang menyeronokan. Aktiviti pertama ialah menyusun 'puzzle' gambar terpantas. Kredit kepada En Faizal atas puzzle gajah tersebut, memang susah, kami cikgu-cikgu pun jenuh nak siapkan.  Murid-murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan dengan kepelbagaian keupayaan.

Aktiviti kedua ialah penyahkodan  bentuk kepada ayat. Guru menampalkan beberapa flash card dimerata-rata tempat aktiviti dan murid akan berlegar dan menyahkodkan bentuk-bentuk untuk mendedahkan ayat yang telah diberi. Kredit kepada Nor Azlin, Guru SK Triang 3 yang sudi meminjamkan kami flash card bentuk tersebut.

Seterusnya setelah ialah aktiviti snake and ladder versi gajah. Dimana disetiap tangga dan ular, murid-murid perlu menjawab soalan berkaitan gajah. Kredit kepada En Hilmi. Antara aktiviti yang memaksa budak tengok balik nota mereka. Saja bagi kerja lebih. Aktiviti kami diberhentikan seketika untuk laluan aktiviti penting kami, iaitu MAKAN. Makanan telah dibawa dari rumah dan kami berkelah dibawah pokok sambil menjamu mata melihat persekitaran Pusat Perlindungan Gajah.


                                                                   Menyusun puzzle.
                          Selesai hasil bantuan Tom.







Sebelum kami ke akhiri aktiviti kami dengan solat, kami sempat melakukan sesi PdP language Art iaitu penghasilan topeng. Walaupun tempoh kami berada di Pusat Perlindungan ini singkat dan padat dengan aktiviti, murid-murid cukup bertenaga sehingga ke acara persembahan gajah.




Acara penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan

 
Mandi dulu.

                                                                Saya dan Tara.

Alhamdulillah, keadaan cuaca amat baik dan memungkinkan kemenjadian program ini.
Ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Perlindungan Gajah di Kuala Gandah kerana sudi menerima kunjungan kami. Terima kasih juga ditujukan khas pada tenaga pengajar bahasa Inggeris kami serta Tara White dan Tom White pasangan suami isteri yang banyak membantu kami bagi memastikan kelancaran program. Sesungguhnya ia ialah antara pengalaman terindah kami sepanjang program Tell kami bersama mereka.







Wednesday, June 3, 2015

French Braid

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama menyepi, in shaa Allah, kite akan sambung balik berblog.

Kali ni nak share sikit tentang French Braid. Benda apa la French Braid ni? Tak pasti la nama melayu dia? Siput? Tocang? Simpul? Any idea? Please help me...

Selama ni main ikat je kat rambut anak-anak dara kite.
Hari ni mak nya teringin plak nak ada ikatan rambut gitu.

Lepas tengok video ni, dok main-main dengan rambut lama gak la...hampir setengah jam. Tapi puas hati sangat. Senang je bila tau teknik.

Memang kena cari ahlinya, baru senang kan.

Sapa nak belajar ikat French Braid, meh la tengok.














Friday, March 6, 2015

Realiti atau mimpi?

Bismillah . ..

Sudah sebulan saya menyepi gara2 terpaksa menganti kelas tahun 6 kawan yang bersalin. Tinggal 2 bulan lagi.

Alhamdulillah, saya dah berada di landasannya. Agak sukar pada mulanya, tapi saya ambil semua itu sebagai cabaran.

Cabaran terbaru  saya ialah penetapan target yang agak tinggi  buat pelajar Linus Bahasa Inggeris saya. Hah!! Inilah 'core' saya sebenarnya, bukan pd thn 6.

Dengan  keadaan saya yang terpaksa merelakan mereka ditangan guru lain, saya harus berfikir apa cara yang perlu saya buat bila data saringan Linus 1 tu keluar. Pada masa tu, memang saya akan dapat balik mereka.

Tak apa, cabaran inilah yang mematangkan guru-guru  seperti saya. Jangan lari dengan cabaran. Lawan !  In shaa  Allah  hasil akhirnya nanti amatla manis.

Mana saya tau?
Saya belajar dari pengalaman saya sendiri. Dilahirkan dengan berat yang sederhana, 2.4kg je masa tu. Ibu saya kerap susah hati dengan pola pemakanan saya. Saya tak suka makan. Lalu diberinya vitamin apa tah untuk tingkatkan selera makan saya. Ketika itu, saya siap curi-curi makan lagi vitamin tu ketika ibu tiada. Apa lagi, peningkatan  selera saya membuak-buak selari dengan  peningkatan berat badan saya. Saya obes dari keciL sehingga  bersalin anak ke 2. Ketika itu, saya terfikir sampai bila saya ingin masalah ini berlarutan.

Pelbagai produk pelansingan saya ambil, masih tidak berjaya. Beralih pula pada cara berkunjung ke pusat pelansingan, namun masih hampa.

Sehinggalah  kawan sepejabat saya mencadangkan  vitamin C Shaklee  kerana dia kerap sekali nampak saya selsema. Alhamdulillah, saya perlu hanya seminggu untuk sembuhkan selsema saya itu. Saya terfikir, jika hanya vitamin boleh sembuhkan selsema  saya yang sebelum ini ibu saya (jururawat  ketika itu  ) terpaksa mencari   ubat selsema yang paling kuat, mungkin  saya boleh cuba suplemen kurus pulak.

Mula la perjalanan saya dengan suplemen-suplemen  yang dicadangkan. Hampir 7bulan berhempas pulas dengan  suplemen dan senaman, alhamdulillah  saya telah berjaya keluar dari kumpulan OBES tanpa perlu berlapar. Ya! Saya masih makan seperti manusia  biasa. Hahaha.

Jom! Tinggalkan kenangan lama anda  dan bergerak bersama saya. Betul, lebih berkeyakinan  sekarang. Yang pasti, pelbagai masalah  kesihatan saya sebelum ini  juga selesai. Tiada lagi selsema, rambut gugur, masalah  jerawat dan stress.

Konsultasi  percuma pada pelanggan-pelanggan  saya.


Tuesday, February 17, 2015

Dugaan? Cabaran? Beban ?

Assalamualaikum . ...

Hampir sebulan saya mengganti kawan mengajar kelas peperiksaannya. Minggu pertama diharungi dengan perasaan yang bercampur baur. Dengan tanggungjawab baru yang digalas sementara  dan tugas lama yang terpaksa dilepaskan, agak tidak keruan gak. Apa taknya, datang pegawai PPD menyatakan ujian saringan Linus Daerah mensasarkan target yang agak tinggi bagi Linus 2.0 iaitu 100%.

Tiada yang mustahil. Betul! Namun setiap tugas yang datang in shaa  Allah  akan digalas dengan sepenuh hati .

Dugaan silih berganti, 2 hari  cuti sakit gara-gara makan makanan segera yang terpaksa diambil sebab kebetulan tiada air. Bukan hendak memburukkan mana-mana pihak, nasihat tentang  kebersihan  dalam penyediaan  makanan terutama  selepas banjir ni janganla dipandang  ringan.  Untuk tujuan itu, saya cadangkan  puan-puan gunalah Basic H. In shaa  Allah . .
Saya gunakan hampir 80% kerja dirumah dgn Basic H..
1. Basuh kereta
2. Basuh Kasut anak2
3. Basuh sayur-sayuran
4. Mop lantai
5. Hilangkan kesan karat
6. Sakit gigi
7. Hilangkan  kesan  contengan anak2 kat dinding
8. Sebagai bahan tuam anak ketika demam
9. Antiseptik ketika anak gatal2.

kalau nak disenaraikan, terlalu banyak kegunaan Basic H ni. Dah la jimat,guna sikit je...rugi kalau  banyak2..sebab x perlu pun..tak percaya??cuba la...saya pun gitu gak dulu...😂

Semasa 2 hari keracunan makanan tu, itulah  kali pertama  bagi saya. Memang  masa tu, jangan kata nak makan, solat pun hampir2 saya buat sambil baring. Ya Allah, sakitnya tuhan je la tau. Nasib baik saya ada performance  drink. Walaupun 2 hari x makan langsung, saya hanya  bertahan dengan  minuman ni je. Alhamdulillah, Doktor  pun x tau pun saya x makan selama 2 hari sebab keadaan saya yang biasa2 je. Itu pun dah hari ke2 bila saya rasa kuat sikit nak berjalan, kalau  banding keadaan sebelumnya, saya terbaring je. Mana taknya, antara sebab sakit pinggang tu sebab asyik terlentang berjam2..hahaha..dugaan sungguh . 

Namun segala-galanya adalah antara  episod pembelajaran saya dari pengalaman. Terima kasih ya Allah...sesungguhnya  ilmu tu datang dari pelbagai bentuk. Tugas kita? Hanya menerima, menilai dan menggunakan  segala2nya  dengan  akal. 
Sampai  berjumpa lg..


Wakil Shaklee anda...


Tuesday, January 27, 2015

Bismillah . ...

Alhamdulillah . ..3 minggu dah bukak sekolah.

Mula la rutin sibuk saya, hehehe sibuk la....masuk sekali dengan rutin senaman harian.  Sekarang dah start angkat dumbell, 5kg..tau pasal apa???Sebab nak main bowling, kasi baling laju sikit, kalau x, slow je..last2 ke longkang gak..😂

Hari ini 27/1, mulala CPD rutin sejak.setahun lalu dengan Tara, Tom dan Merly.



Hari ni macam2 kami belajar dengan depa. Antaranya  ialah progress utk lesson plan.

Ada.3.langkah, present, practice dan produce.

Suke2 . .mantapkan lg skill pengajaran saya. Alhamdulillah . ..syukur2...

In Shaa Allah, kalau saya berjaya jd surirumah berpendapatan  nanti, saya masih lg nak mengajar, private school?

Mana tau kan..

Ok...sampai jumpa.lg..

Saturday, January 3, 2015

Kurap

Bismillah..

Hari ni nak cerita pasal penyakit kurap.

Saya pun ada penyakit tu, saya punya kurap kecik je, nama dia orang panggil kurap bulan. Saya perasan dia akan keluar bila cuaca terlalu panas sangat dan kulit saya masa tu rasa macam melepuh dan gatal-gatal. Sebelum saya kenal Shaklee, saya sapu dengan Calemine je, berhari-hari gak baru hilang kadang-kadang tu berparut sebab lama sangat. Bab gatal tu yang tak tahan tu, best ooo time garu...tu yang bertanda tu, pastu bila panas keluar balik. Kejap lagi saya kongsi apa yang saya guna ek sekarang, kita masuk pengenalan dia dulu.

Kurap ni ada banyak jenis. Kurap atau Dermatophytosis merujuk kepada sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Terdapat beberapa jenis penyakit kurap, bergantung kepada tempat ia menjangkiti seperti berikut:-

Kurap badan (Tinea corporis)
Kurap kuku (Tinea unguium)
Kurap groin (Tinea cruris)
Kurap kulit kepala (Tinea capitis)
Kurap janggut (Tinea barbae)
Kurap kaki (Tinea pedis)
Kurap muka (Tinea faciei)
Kurap tangan (Tinea manuum)

heheheh, tak de pun terma Kurap Bulan saya kan?Emmm masa kena ari tu tak sempat tangkap gambar, 2 hari je, pastu hilang...heheh kang saya kongsi saya guna apa ye..sabar!..

Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan; sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang  objek yang mempunyai kulat di atasnya (fomites). Ia juga boleh berjangkit  secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama contohnya berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.

Keadaan kulit yang sentiasa lembap akibat pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh atau iklim yang lembap dan panas  menggalakkan pertumbuhan dan  jangkitan kurap.

Ia mengambil masa beberapa hari untuk terkena jangkitan akibat daripada kulat. Kurap akan menyebabkan rasa gatal dan kulit akan menjadi kemerah-merahan terutamanya pada hari atau suhu yang panas. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan, serta kulat yang dipindah melalui pakaian dan sebagainya.


Gejala & Tanda

Apabila diamati dengan mata kasar, kulit yang berkurap mempunyai plak kemerah-merahan yang  bersisik dan kadang-kala terdapat bintik-bintik merah atau bisul-bisul halus di sekelilingnya. Tanpa rawatan, plak ini boleh membesar dan kadang-kala akan membentuk gelang kemerah-merahan di sekelilingnya.


                                                             Kurap di muka


                                                                  Kurap di kulit



                                                           Kurap di celah kelangkang

Tips tangani kurap

1. Pastikan anda pakai pakaian yang mudah melekat pada badan

2. Kerapkali tukarkan pakaian anda.

3. Pakaian yang anda guna perlu diasingkan dan dibasmi kuman dengan cara rendam dalam air mendidih.

4. Jangan garu-garu di tempat jangkitan

5. Gunakan sabun yang mempunyai pH yang neutral.


 Ni ada petua tradisional...

Cara mengatasinya ialah ambil beberapa helai daun lada kemudian gosokkan pada tempat yang terkena penyakit kurap itu. Amalkan setiap hari.

Saya tak de pokok lada...hehee

Saya kan agen Shaklee, jadi saya cerita antara benda2 yang kerap dikaitkan dengan penyakit kurap tu.

Set kulit shaklee boleh digunakan kepada pesakit kurap. Apa setnya? Mungkin sedikit berbeza:

1. Nutriferon untuk meningkatkan sistem pertahanan badan, melawan jangkitan kuman

2. Vita E Complex untuk memperbaiki kulit yang telah rosak disebabkan kurap

3. Garlic bertindak sebagai antibiotik semulajadi, elak jangkitan dan matikan kuman

4. Zinc untuk pemulihan luka pada kurap tersebut.

5.Herbal Blend- legakan kurap

Saya guna Herbal Blend je...sebab guna itu pun kurap saya hilang..



Tadi kucing saya bergaduh sampai berdarah hidung kena calar, banyak gak darah dia. Tengah panik tu, teringat Herbal Blend, multipurposes kan..so lumur kat batang hidung dia. Kucing kan, mana boleh lama, abis dia jilat Tapi tak apa, free dari Paraben (bahan kimia), hehehe tengok dia ok je sampai sekarang. Luka hidung dia pun sat je sembuh tak sampai 1 hari. macam tak de apa-apa pun, Seronok sangat!!

Herbal Blend ni pun saya buat losyen saya sebab saya ni kulit elergik, salah deodorant pun naik gatal-gatal, jadi sapu je dengan Herbal Blend saya. 

Cuba la...saya dah..

Wassup la saya..
Pamela 0133787121 
Agen Shaklee anda.

#Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati atau menceagh sebarang penyakit,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...