Saturday, August 15, 2015

Kuala Gajah?

Field Trip- Kuala Gandah, Lanchang

 Bismillah, Assalamualaikum.

 Pada 6 Ogos 2015 lalu, saya dengan kawan-kawan tenaga pengajar Bahasa Inggeris  satu sekolah  melawat ke Kuala Gandah untuk memenuhi satu acara tahunan program Tell kami. 

Sebelum kami ke sana, kami perlu melaksanakan beberapa sesi pengajaran berkisar tentang gajah yang meliputi pengajaran dr kemahiran listening and speaking utk hari pertama, reading untuk hari kedua , writting untuk hari ke 3 dan language and art untuk hari terakhir.

Berbekalkan modal untuk ke sana, murid perlu mahir perihal gajah, bermula dari anggota tubuh badan, isu-isu berkaitan gajah, pergerakan gajah, maklumat gajah dan sebagainya. Walaupun tajuk itu agak asing bagi mereka, namun disebabkan kunjungan ke sana ia telah banyak membantu kami melakukan PdP sepanjang minggu. Murid-murid juga kelihatan sungguh bertenaga dan begitu teruja untuk merasai pengalaman ke Kuala Gandah walaupun pada hakikatnya ia bukannya kunjungan pertama mereka ke sana.

Perjalanan kami bermula dengan kelewatan bas. Janji pukul 7.30, tiba dalam lingkungan 8.40. Murid-murid ketika itu sudah letih teruja. Mungkin ada hikmahnya disitu.

Kami tiba lewat 30 minit dari yang sepatutnya maka ia telah menganggu jadual kami pada hari tersebut kerana sepatutnya setibanya kami ke sana, kami dijadualkan untuk melihat persembahan gajah pukul 10.00 pagi. Kami cuba berbincang dengan pihak pengurusan tetapi ia masih tidak dapat dilakukan kerana anggota mereka telah ke hutan dan mereka kekurangan anggota untuk mengendalikan gajah. Persembahan gajah hanya akan dilakukan pada pukul 2 dan kami akur walaupun pada peringkat awal jadual, murid-murid sepatutnya akan tiba semua ke tempat kami pukul 3.30 petang.

Maka bermulalah sesi PdP yang menyeronokan. Aktiviti pertama ialah menyusun 'puzzle' gambar terpantas. Kredit kepada En Faizal atas puzzle gajah tersebut, memang susah, kami cikgu-cikgu pun jenuh nak siapkan.  Murid-murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan dengan kepelbagaian keupayaan.

Aktiviti kedua ialah penyahkodan  bentuk kepada ayat. Guru menampalkan beberapa flash card dimerata-rata tempat aktiviti dan murid akan berlegar dan menyahkodkan bentuk-bentuk untuk mendedahkan ayat yang telah diberi. Kredit kepada Nor Azlin, Guru SK Triang 3 yang sudi meminjamkan kami flash card bentuk tersebut.

Seterusnya setelah ialah aktiviti snake and ladder versi gajah. Dimana disetiap tangga dan ular, murid-murid perlu menjawab soalan berkaitan gajah. Kredit kepada En Hilmi. Antara aktiviti yang memaksa budak tengok balik nota mereka. Saja bagi kerja lebih. Aktiviti kami diberhentikan seketika untuk laluan aktiviti penting kami, iaitu MAKAN. Makanan telah dibawa dari rumah dan kami berkelah dibawah pokok sambil menjamu mata melihat persekitaran Pusat Perlindungan Gajah.


                                                                   Menyusun puzzle.
                          Selesai hasil bantuan Tom.







Sebelum kami ke akhiri aktiviti kami dengan solat, kami sempat melakukan sesi PdP language Art iaitu penghasilan topeng. Walaupun tempoh kami berada di Pusat Perlindungan ini singkat dan padat dengan aktiviti, murid-murid cukup bertenaga sehingga ke acara persembahan gajah.




Acara penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan

 
Mandi dulu.

                                                                Saya dan Tara.

Alhamdulillah, keadaan cuaca amat baik dan memungkinkan kemenjadian program ini.
Ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Perlindungan Gajah di Kuala Gandah kerana sudi menerima kunjungan kami. Terima kasih juga ditujukan khas pada tenaga pengajar bahasa Inggeris kami serta Tara White dan Tom White pasangan suami isteri yang banyak membantu kami bagi memastikan kelancaran program. Sesungguhnya ia ialah antara pengalaman terindah kami sepanjang program Tell kami bersama mereka.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...