Friday, March 6, 2015

Realiti atau mimpi?

Bismillah . ..

Sudah sebulan saya menyepi gara2 terpaksa menganti kelas tahun 6 kawan yang bersalin. Tinggal 2 bulan lagi.

Alhamdulillah, saya dah berada di landasannya. Agak sukar pada mulanya, tapi saya ambil semua itu sebagai cabaran.

Cabaran terbaru  saya ialah penetapan target yang agak tinggi  buat pelajar Linus Bahasa Inggeris saya. Hah!! Inilah 'core' saya sebenarnya, bukan pd thn 6.

Dengan  keadaan saya yang terpaksa merelakan mereka ditangan guru lain, saya harus berfikir apa cara yang perlu saya buat bila data saringan Linus 1 tu keluar. Pada masa tu, memang saya akan dapat balik mereka.

Tak apa, cabaran inilah yang mematangkan guru-guru  seperti saya. Jangan lari dengan cabaran. Lawan !  In shaa  Allah  hasil akhirnya nanti amatla manis.

Mana saya tau?
Saya belajar dari pengalaman saya sendiri. Dilahirkan dengan berat yang sederhana, 2.4kg je masa tu. Ibu saya kerap susah hati dengan pola pemakanan saya. Saya tak suka makan. Lalu diberinya vitamin apa tah untuk tingkatkan selera makan saya. Ketika itu, saya siap curi-curi makan lagi vitamin tu ketika ibu tiada. Apa lagi, peningkatan  selera saya membuak-buak selari dengan  peningkatan berat badan saya. Saya obes dari keciL sehingga  bersalin anak ke 2. Ketika itu, saya terfikir sampai bila saya ingin masalah ini berlarutan.

Pelbagai produk pelansingan saya ambil, masih tidak berjaya. Beralih pula pada cara berkunjung ke pusat pelansingan, namun masih hampa.

Sehinggalah  kawan sepejabat saya mencadangkan  vitamin C Shaklee  kerana dia kerap sekali nampak saya selsema. Alhamdulillah, saya perlu hanya seminggu untuk sembuhkan selsema saya itu. Saya terfikir, jika hanya vitamin boleh sembuhkan selsema  saya yang sebelum ini ibu saya (jururawat  ketika itu  ) terpaksa mencari   ubat selsema yang paling kuat, mungkin  saya boleh cuba suplemen kurus pulak.

Mula la perjalanan saya dengan suplemen-suplemen  yang dicadangkan. Hampir 7bulan berhempas pulas dengan  suplemen dan senaman, alhamdulillah  saya telah berjaya keluar dari kumpulan OBES tanpa perlu berlapar. Ya! Saya masih makan seperti manusia  biasa. Hahaha.

Jom! Tinggalkan kenangan lama anda  dan bergerak bersama saya. Betul, lebih berkeyakinan  sekarang. Yang pasti, pelbagai masalah  kesihatan saya sebelum ini  juga selesai. Tiada lagi selsema, rambut gugur, masalah  jerawat dan stress.

Konsultasi  percuma pada pelanggan-pelanggan  saya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...