Saturday, January 3, 2015

Kurap

Bismillah..

Hari ni nak cerita pasal penyakit kurap.

Saya pun ada penyakit tu, saya punya kurap kecik je, nama dia orang panggil kurap bulan. Saya perasan dia akan keluar bila cuaca terlalu panas sangat dan kulit saya masa tu rasa macam melepuh dan gatal-gatal. Sebelum saya kenal Shaklee, saya sapu dengan Calemine je, berhari-hari gak baru hilang kadang-kadang tu berparut sebab lama sangat. Bab gatal tu yang tak tahan tu, best ooo time garu...tu yang bertanda tu, pastu bila panas keluar balik. Kejap lagi saya kongsi apa yang saya guna ek sekarang, kita masuk pengenalan dia dulu.

Kurap ni ada banyak jenis. Kurap atau Dermatophytosis merujuk kepada sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Terdapat beberapa jenis penyakit kurap, bergantung kepada tempat ia menjangkiti seperti berikut:-

Kurap badan (Tinea corporis)
Kurap kuku (Tinea unguium)
Kurap groin (Tinea cruris)
Kurap kulit kepala (Tinea capitis)
Kurap janggut (Tinea barbae)
Kurap kaki (Tinea pedis)
Kurap muka (Tinea faciei)
Kurap tangan (Tinea manuum)

heheheh, tak de pun terma Kurap Bulan saya kan?Emmm masa kena ari tu tak sempat tangkap gambar, 2 hari je, pastu hilang...heheh kang saya kongsi saya guna apa ye..sabar!..

Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan; sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang  objek yang mempunyai kulat di atasnya (fomites). Ia juga boleh berjangkit  secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama contohnya berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.

Keadaan kulit yang sentiasa lembap akibat pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh atau iklim yang lembap dan panas  menggalakkan pertumbuhan dan  jangkitan kurap.

Ia mengambil masa beberapa hari untuk terkena jangkitan akibat daripada kulat. Kurap akan menyebabkan rasa gatal dan kulit akan menjadi kemerah-merahan terutamanya pada hari atau suhu yang panas. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan, serta kulat yang dipindah melalui pakaian dan sebagainya.


Gejala & Tanda

Apabila diamati dengan mata kasar, kulit yang berkurap mempunyai plak kemerah-merahan yang  bersisik dan kadang-kala terdapat bintik-bintik merah atau bisul-bisul halus di sekelilingnya. Tanpa rawatan, plak ini boleh membesar dan kadang-kala akan membentuk gelang kemerah-merahan di sekelilingnya.


                                                             Kurap di muka


                                                                  Kurap di kulit



                                                           Kurap di celah kelangkang

Tips tangani kurap

1. Pastikan anda pakai pakaian yang mudah melekat pada badan

2. Kerapkali tukarkan pakaian anda.

3. Pakaian yang anda guna perlu diasingkan dan dibasmi kuman dengan cara rendam dalam air mendidih.

4. Jangan garu-garu di tempat jangkitan

5. Gunakan sabun yang mempunyai pH yang neutral.


 Ni ada petua tradisional...

Cara mengatasinya ialah ambil beberapa helai daun lada kemudian gosokkan pada tempat yang terkena penyakit kurap itu. Amalkan setiap hari.

Saya tak de pokok lada...hehee

Saya kan agen Shaklee, jadi saya cerita antara benda2 yang kerap dikaitkan dengan penyakit kurap tu.

Set kulit shaklee boleh digunakan kepada pesakit kurap. Apa setnya? Mungkin sedikit berbeza:

1. Nutriferon untuk meningkatkan sistem pertahanan badan, melawan jangkitan kuman

2. Vita E Complex untuk memperbaiki kulit yang telah rosak disebabkan kurap

3. Garlic bertindak sebagai antibiotik semulajadi, elak jangkitan dan matikan kuman

4. Zinc untuk pemulihan luka pada kurap tersebut.

5.Herbal Blend- legakan kurap

Saya guna Herbal Blend je...sebab guna itu pun kurap saya hilang..



Tadi kucing saya bergaduh sampai berdarah hidung kena calar, banyak gak darah dia. Tengah panik tu, teringat Herbal Blend, multipurposes kan..so lumur kat batang hidung dia. Kucing kan, mana boleh lama, abis dia jilat Tapi tak apa, free dari Paraben (bahan kimia), hehehe tengok dia ok je sampai sekarang. Luka hidung dia pun sat je sembuh tak sampai 1 hari. macam tak de apa-apa pun, Seronok sangat!!

Herbal Blend ni pun saya buat losyen saya sebab saya ni kulit elergik, salah deodorant pun naik gatal-gatal, jadi sapu je dengan Herbal Blend saya. 

Cuba la...saya dah..

Wassup la saya..
Pamela 0133787121 
Agen Shaklee anda.

#Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati atau menceagh sebarang penyakit,

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...