Tuesday, December 9, 2014

Oh ! Tidak! Jerawat? Tak suka...tak suka

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita bab jerawat.

Jerawat ni masalah universal. Bukan setakat remaja, orang 30 series macam saya pun dok ada jerawat. Tension tau, lama dah main dengan masalah ni, jemu....



Meh baca sikit pasal jerawat ni.

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut.



Ada 4 tahap jerawat. Tahap ini membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang sesuai bergantung pada masalah jerawat kita.

Tahap  1: Melibatkan jerawat dalam jumlah kecil. Jerawat jenis ini terjadi hampir kepada semua peringkat umur dan hanya berlaku sebentar.

Tahap 2: Jerawat yang dikategorikan sebagai sederhana dan sering berlaku pada remaja. Jerawat jenis mata terbuka dan  mata tertutup tetapi tiada radang.

Tahap 3: Tahap ini, kulit kelihatan agak merah, radang dan gatal. kelihatan banyak dikawasan leher, dada dan belakang.

Tahap 4: Tahap yang paling ditakuti. Ia dipanggil Jerawat ' Cystic'. Radang, banyak dan sakit. Parut biasa akan keluar ditahap ini.


Tu tahap jerawat, apa punca jerawat?

1. Hormon, Minyak

Remaja dan awal dewasa kerap ada masalah jerawat disebabkan masalah hormon androgen.Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.

Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

2. Bakteria dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
Jerawat sinonim dengan muka berminyak,jadi jaga bab minyak - minyak ni sebab dari minyak, bakteria mudah bersarang. bila dah buat penempatan kat muka, payah la nak buang dia.

3. Pemakanan dan jerawat

Faktor  ini yang selalu kita kalah kan. Ramai yang kata makanan bukan punca kepada masalah jerawat yang dihidapi oleh 80% rakyat negara kita. Tapi ada juga yang bersetuju jerawat boleh timbul disebabkan oleh faktor pemakanan. Bagi saya, kedua-duanya betul kerana ia sebenarnya bergantung kepada bagaimana tubuh badan anda memberi reaksi kepada makanan yang anda makan. Sesetengah orang menghidapi alahan kepada makanan jenis kekacang, ada pula kepada makanan berminyak tetapi bukan semua orang mempunyai kesan reaksi yang sama.

Namun kepada yang memang mempunyai masalah jerawat, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menambahkan kesan buruk kepada penyakit tersebut.

Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat ialah:

1. Makanan berlemak dan bergoreng - meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari kabohidrat dan lemak.

2. Makanan dari produk tenusu - kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu  boleh menyebabkan alahan

3. Makanan dari karbohidrat yang diproses - kandungan gula yang diproses tinggi.

4. Minuman berkafein dan berkarbonat - menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkabonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak.

5. Makanan yang diproses atau ditinkan - mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan

Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika anda kurangkan pengambilan makanan-makanan yang telah saya senaraikan di atas. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.

4. Stress dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

5. Alat Solek Dan Jerawat

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

6. Matahari Dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

7. Pakaian Dan Jerawat

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Apa suplemen yang sesuai??

Tengok tahap jerawat anda, kenali sifat dia...terhasil dari masalah mana..

Jika melibatkan hormon-   Saya cadangkan GlaComplex



 Vitamin C Sustained Release]

Vitamin C membantu mengatasi kulit jerawat dengan 2 cara iaitu bertindak sebagai antioksidan dan menghasilkan sintesis kolagen. Sebagai antioksida, Vitamin C akan menghalang sebarang radikal bebas dan kekotoran dari merosakkan kulit. Disebabkan kulit terdedah kepada pencemaran, toksin dan juga bertindak sebagai pintu keluar bagi toksin, maka ianya perlulah dilindungi secara konsisten.
Radikal bebas yang meningkat di kawasan kulit akan meningkatkan pengeluaran sebum dan akhirnya jerawat terjadi. Haaa jadi adalah penting untuk mengawal the root cause of acne ni, itulah cara merawat yang betul!. 

[ESP- Energizing Soy Protein]

ESP adalah sumber protin, diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. ESP diperlukan untuk merawat kulit yg rosak akibat dari jerawat

[Zink Complex]

Bagaimana zink boleh merawat jerawat? ada sebab bagaimana zink membantu untuk kulit berjerawat terutamanya lelaki. Kajian menunjukkan orang yg kulitnya berjerawat mempunyai tahap zink yang lebih rendah berbanding yg tidak mempunyai jerawat. Zink boleh mengurangkan jerawat sebanyak 50%. Zink boleh mengurangkan jumlah minyak semula jadi atau sebum, yang dihasilkan dalam kulit. Ia juga boleh membantu menyembuhkan kulit yang rosak sekitar jerawat yang tidak berkembang. Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa timbulnya jerawat sebahagiannya adalah disebabkan daripada kekurangan zink dalam diet.

[Garlic Complex]

Banyak kelebihan bawang putih. Tapi agak mustahil nk telan bawang putih yg raw tu kan untuk rawat jerawat. Jadi garlic complex adalah pilihan terbaik. Bawang putih cenderung untuk bertindak lebih baik pada bakteria jerawat dan mereka yang mempunyai kulit berminyak di mana pengeluaran minyak adalah berlebihan pada kulit yg membawa kepada jerawat. Galic adalah sumber antioksidan yg cepat dan powerful. Kesan ini bolehmenghalang radikal bebas yang merosakkan sel kulit. Bawang putih juga bertindak sebagai pencair darah kerana kandungan salisilat. Ini membolehkan aliran darah yang betul dan meningkatkan kesihatan peredaran darah.

Lepas dah cuba dari dalam, kita perangi jerawat dari luar pulak...

Ni la set yang saya guna sekarang....Nutriwhite...
Kulit saya memnag bermasalah dari kecik, sebab dah start guna macam2 dari sekolah rendah, putihkan kulit la, jerawat la..sedangkan masa tu normal la kan....lepas tu, menyesal pun tak guna. Bila mula guna set Nutriwhite ni, alhamdulilah, jerawat keluar time nak period je...(hormon la tu)..



meh baca testimoni...

hahahha..


Lepas dah berusaha, kena bertawakal la...salin doa ni...baca..

Shaklee ada 2 jenis produk kecantikan, Nutriwhite dengan Enfuselle...baca la apa perbezaan dia..



Berminat?

Tinggalkan la komen dgn no tel, nanti saya waasup!

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...