Monday, December 22, 2014

Big Bad Woft 2014

Bismillah . ..

Pesta buku Big Bad Woft  telah dianjurkan bermula 5 Disember-16 Disember je, tapi ditangguhkan sehingga semalam, 21 Disember.

Saya ni dok berulang ke KL minggu pertama Disember tu sebab urusan  nak mertua ke Tanah Suci. Tapi tak perasan lansung pesta buku tu.

Lepas kawan-kawan dok  kongsi keseronokan  ke sana, tergerak jugak nak pergi.

Kebetulan 21/12 tu, kami memang  tak de urusan lain.

Sebabkan rumah saya di Bera, kami  ikut jalan ke Kuala Klawang. Jimat tak yah bayar tol.
 Alhamdulillah   setelah 2 jam, kami pun sampai. Ingat dah hujung-hujung ni tak ramai dah orang. Sangkaan ku meleset rupanya. Ramai.....bagus!! Masyarakat berilmu dengan  membaca ni.
Buku-buku dia!! Uuuiiii banyak, macam2 dan yang paling utama murah  betul. Buku kanak-kanak  bermula dari RM1.
Ni anak-anak lepas membeli belah kali pertama, kami keluar kejap nak cari makanan. Aktiviti sambil tunggu abah hantar buku ke kereta.
Kami makan dalam Mines. 10 tahun  gak saya tak ke sini lepas habis belajar di UKM tahun 2004. Tak banyak perubahan di kawasan Seri Kembangan ni. Kenangan!!

Lepas makan, kami bergegas solat jamak. Sedih sangat bila surau yang disediakan terlalu kecik. 5 orang je boleh solat dalam 1 masa. Namun itulah hakikat yang perlu ditanggung kita, rakyat Malaysia yang agama rasminya ialah Islam. Tak sempat pulak  nak tangkap gambar kawasan tu. 
Selepas solat, sekali lagi kami masuk Pesta Big Bad Woft tu untuk cari buku kawan sekerja saya, Pn Ummi Wahidah. Tiada paksaan untuk buku tu, tapi entahla...kebetulan saya memang  nak cari buku untuk sesi PdP tahun depan berkenaan Seni. Mula-mula  tadi terlupa ke buku tu!!

Ni la buku nya...jenuh gak mencari. Tapi rezeki kawan, tinggal 3 buah je lagi buku tu masa tu. 

Sebahagian dari hasil semalam sambil  mengejar anak-anak. Rugi pada sesiapa yang tak pergi Pesta tu semalam. 
Kami sampai rumah pkl.1.pagi..walaupun penat, tapi puas hati sangat. 

Ku tunggu mu Big Bad Woft tahun 2015.

3 comments:

  1. alaaa...sy xsempat nk g...tggu next punya laa..harap2 dekat2 umah...senang nak pg..hihihihi

    ReplyDelete
  2. Nak pergi tapi jauh sangat :(

    Follow 210+ dan tag anda :D
    http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/12/segmen-5applikasiandroidpilihansaya.html

    ReplyDelete
  3. belum ade rezeki lagi utk ke sana.. hhiihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...