Thursday, June 5, 2014

Alat Bantu Mengajar (ABM)


Assalamualaikum.... hari ini teringin plak nak post tentang antara kerja selain berShaklee....minat kan...memang tak dapat dipisahkan 2 ni...hehehe.. 

Kita nak bercerita tentang Mesyuarat Bera Cluster.Sebelum bercerita jauh, Projek Bera Cluster ini diketuai oleh barisan guru-guru yang dibawa khas ke Malaysia untuk melatih dan membantu cikgu-cikgu mengajar Bahasa Inggeris secara kretif dan menyeronokkan
Perkenalkan...ini ialah Mr Tom White...suka berlawak....
Ni Mrs TaraWhite, depa ni suami isteri. Baru berkahwin, jumpa kat Korea tahun lepas...sangat baik dan memahami.
 Ni Madam Merly...ni boss depa...
Meh sambung cerita aktiviti mesyuarat tu..

Gambar sepanjang mesyuarat ada kat bawah...
Aikk??gambar kat bawah ni macam kami main je kan..memang tengah bermain, cuma kaedah permainan tu yang menarik...
Mainan tu nama dia Go Fish....
Kami diberi 5 kad, kad tu tak kisah la tentang apa...makanan ke, pekerjaan ke, benda ke...setiap gambar kena ada pasangan..
Peraturan besar dia...kena bercakap dalam bahasa Inggeris dan minta kad dari pemain lain dalam bahasa Inggeris gak.
Dari mainan ni, murid-murid dapat belajar menggunakan bahasa Inggeris dengan beradab dan mereka perlu menggunakan kecekapan mengingat...seronok..simple, kreatif!


Selepas kami main mainan Go Fish, kami dibahagikan dalam kumpulan, dan diminta menyediakan ABM. Alatan nya diberi masa tu, hahaha..agak kelam kabut...dengan bilik yang sejuk, semua beku...
group saya memilih bola, sudu. Agak rugi, group yang pertama, salah buat pilihan...agak pening memikirkan apa yang perlu dibuat dengan benda -benda tu...



Ni ialah kumpulan yang paling kreatif atas undian kami...memang kreatif...

emm..sedikit sebanyak, dengan pendedahan yang macam ni, cikgu-cikgu akan lebih kreatif dalam menyampaikan ilmu.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...