Hari ini kita nak cerita tentang produk Shaklee plak...susplemen Shaklee tak siap pun lagi..sambil-sambil ye...kita baru je cuba produk ini. Sebab dalam group kami, orang-orang dok cerita je pasal Basic H ni...teringgin nak cuba. Jadi beli sebelum tau pun apa kelebihan dia, cuma tau Basic H ni macam dettol..tapi lebih baik..Jadi bila pertama kali bertentang mata denagan Basic H ni..tengok kat dia...macam biasa je..apa ek kelebihan dia..bila pakai,arahan dia sesudu kecik untuk sebaldi air..eh..biar betul,sikit sangat..boleh ke..kita pun lebihkan sikit.Bila mop rumah,ada buih..alamak!memang terlebih la..tambah air,banyakla pulak air..x pe la,banyak sikit ruangan boleh mop..bla..bla...bla
Keesokkan harinya, nak ke dapur, nampak lipas,biasanya memang lipas ni lari,jadi kita tau la dia lipas, tapi pagi tu dia tak lari,kita ni tak pakai spek,so kena tenung rapat-rapat dengan benda tu,betul lipas,dia tak lari pun, hidup lagi, tapi macam mamai..apa lg,pergi ambik pemukul macam cerita Oggy and Cockroaches tu..selamat lipas tu ditangan kita..pelik,baru la start nak baca kelebihan Basic H ni...1 lagi kelebihan Basic H...sangat menjimatkan...ada sorang akak tu dah dekat 1 tahun guna, x abis-abis..ekonomi kan?
Rumusan kegunaan Basic H...ehehe biasa rumusan dok bawah..ari ni special..duk atas..
1. Cuci sayur dan buah- buahan sebelum masak.
2. Cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Membersihkan meja makan rumah, rak dapur, seluruh rumah (mop) supaya semut dan lipas tak memenuhi ruang tersebut.
4. Mencegah sinki tak tersumbat.
5. Basic H membantu mengurangkan demam anak-anak(tuam)
6. Mandi dengan Basic H apabila anak kena gatal-gatal atau gigitan serangga.
7. Bantu menyelesaikan masalah gula-gula getah melekat di baju anak.
8. Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
9. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampin pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.
Antara kegunaan Basic H
1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas
UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA
1. Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
Berminat? Hubungi kita ye...
Hari ini guna basic H 1/4 je dr penutup dia...cik abg kata..cukup ke?..in shaa Allah, tengokla..jawab kita..lepas mop rumah...haahla..cukup....:)
ReplyDeletehari ni mengemop,mengelap,sungguh senang..sebab bacis H,glove? tak perlu..sedangkan kalau badan kena gatal-gatal, kita boleh guna basic h....guna pun sikit je banyak kegunaan...jimat sungguh,rugilah sapa yg tak beli..
ReplyDelete