Friday, September 2, 2011

Hari Kemenangan


Assalamualaikum...
Lama dah tak menulis entri, banyak faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut..rasanya tak perlu hurai kerana semuanya sebenarnya adalah ALASAN....hehehe..

Tahun ni giliran beraya di Temerloh..rumah mertua. Kebetulan, ayah mertua baru meninggal 3 bulan lepas, jadi rasa bertanggungjawab pulak untuk beraya kat sini bersama-sama mak mertua. Biasalah, si suami bersama abg ipar sekeluarga bersama mak mertua pergi sembahyang raya, tinggalkan kite untuk menguruskan diri dan 2 orang puteri ku..biasanya depa bangun lambat, ingat sempatla mak depa mandi sunat dulu,rupanya depa dah ubah jadual...kelam kabut kite menyiapkan Dina dan Iffah sebelum bapak depa balik dari sembahyang..

Balik sembahyang,kami dah siap untuk acara salam bersalaman,cium-ciuman(macam tak biasa je...hehe), penyerahan angpau dan sesi fotografi..cuma 1 tambahan untuk tahun ni,tahlil di kubur ayah mertua, biasanya tahlil untuk Aki, Wan, Moyang semuanya akan dilakukan sehari sebelum raya, tapi tahun ini segalanya berubah...
Agenda lain, tidak ada perubahan, cuma acara dipagi raya je ada sedikit perubahan. Bagaimana dengan kawan-kawan plak? Selamat Hari Raya, jom puasa 6 plak..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...