Saturday, March 19, 2011

Cita-cita? vs Angan-angan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih kepada papabear http://kisahberuang.com kerana memberi komen. Memang antara kerja yang paling mudah dapat pahala ialah cikgu, tapi kalau salah ilmu dan cara penyampaiannya pun boleh tambah dosa. Tapi kalau nak dikira dosa dan pahala, tak jadi kerja gamaknya.

Bersambung mengenai tajuk entri kali ni. Lepas jadi GSTT kat sekolah menengah kebangsaan tu, kita pun menyambung pengajian ke peringkat sarjana, konon-konon nak jadi lecture. Dalam tempoh tu, macam-macam dugaan yang kita jumpa yang mengakibatkan kita berfikir balik tentang cabaran nak menjadi warga pendidik di menara gading idaman semua. Pelbagai rintangan perlu dilalui untuk melayakkan kita duduk di tempat tu. Tidak perlu cerita ye...kalau nak tau, komenlah,kita bercerita dalam komen je.

Sebelum tamat pengajian, kita minta jugak dengan abah, kalau kita nak jadi cikgu pada tentera je, masuk Kor Ajar. Tapi abah tetap tak benarkan atas sebab tak sesuai dengan kita. Entahlah macamana abah menilai diri kita.Pengajian kita hanya 3 semesta je, semesta terakhir kita hanya ambik kertas disentrasi(separa tesis), jadi kita balik rumah, hujung minggu je di U,abah minta bantuan bapa saudaraku.Jadi bapa saudara masukkan kita ke saluran LPBS(Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah). Program ni untuk KPLI, cuma bezanya calon-calon menjalani kursus perguruan disekolah, dan apabila cuti sekolah, pergi belajar di maktab. Jadi buat sementara, kita jadi cikgu, pelajar Diploma dan sarjana, tak lama...tapi tuhan je tau macamana rasanya.Penat dah la.nanti kita sambung yer....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...